Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

krisis makanan

semua  manusia yang hidup di dunia ini memerlukan makanan. Tidak dapat dinafikan makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin juga telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung se...

stress

Imej
UALA LUMPUR 16 Mac - Sebanyak 4,652 kes pende­raan kanak-kanak direkodkan sepanjang tahun 2015 hingga tahun lalu. Azizah Mohd. Dun Timbalan Menteri Pemba­ngunan Wa­ni­­ta, Keluarga dan Ma­­syarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah itu, penderaan fizikal mencatatkan kes paling tinggi iaitu 2,470 kes manakala 2,012 kes adalah penderaan seksual selain penderaan emosi 170 kes. “Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kes pende­raan terhadap kanak-kanak seperti perbalahan keluarga apabila 3,718 kes direkodkan sepanjang tahun 2012 hingga tahun lalu. “Pengabaian serta kecuaian ibu bapa atau penjaga turut menjadi faktor penyumbang dan sepanjang tempoh lima tahun, 2,419 kes dilaporkan seperti kejadian kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan, ditinggalkan dalam kereta, terjatuh dari eskalator, terjatuh dari bangunan dan membiarkan kanak-kanak ke­luar ke kedai untuk membeli barang keperluan bersendirian,” katanya dalam sesi soal jawab, sidang ...

KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN UNSUR KEBUDAYAAN

Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.      Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesar...

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

KUALA LUMPUR 13 April - Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Johor 4C, Cheras di sini berhasrat menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi membantu persatuan tersebut membendung masalah sosial dan jenayah yang semakin serius di perumahan itu. Pengerusi Persatuan Penduduk PA tersebut, Ab. Rashid Md. Yusop berkata, bagaimanapun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan. Menurutnya, hasil siasatan persatuan mendapati ramai remaja di perumahan ini terlibat dalam kegiatan sosial dan vandalisme. “Mereka melepak di sebuah siber cafe berhampiran perumahan ini sehingga awal pagi. Lebih mengecewakan, lokasi turut menjadi tumpuan pelajar ponteng sekolah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Ab. Rashid, lebih membimbangkan kes-kes jenayah kecurian melibatkan kenderaan terutama motosikal kerap berlaku di perumahan itu. “Bukan tidak ada operasi penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa, tetapi berulang semula selang beberapa hari,” katanya. ...