Catatan

Dalam bahasa Melayu,  ialah  dan  adalah  merupakan kata pemeri Ialah  Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh : i. Ayah saya ialah guru ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu Adalah Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh : i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang. * Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut. Contoh : i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok. ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin. Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut: Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan hormatnya/ ………………….  ...
SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAHASA BAKU BAB3 SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Namu...
kata pemeri KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna-pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.   Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Dalam bahasa Melayu, terdápat dua bentuk kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah".   Menurut Kamus Dewan (halaman 439), kata pemeri 'ialah" bermaksud: (1) kata penghubung yang menerangan kata atau ayat yang di depan; (2) kata penghubung yang mendahului ayat yang menyatakan sebab terjadinya sesuatu. Sementara kata pemeri "adalah" berinaksud: (1) 'sesungguhnya' (digunakan pada permulaan ayat, kenyataan dan sebagainya); (2) ia bermaksud "ialah" (untuk menghubungkan sesuatu yang diperkatakan dengan huraian, penjelasan, dan sebagai yang mengenain...
Definisi tatabahasa Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi man...